Sabtu, 4 Disember 2010

Berakhirnya Semester 3...

4 Dis 2010, aku kembali ke singgahsana keluargaku..
Dan disaat ini juga, aku berpisah dgn seorang kakak yg sgt caring, sentiasa menjenguk keadaan aku dan Sha di bilik..
Macam2 aktiviti kita orang buat, buka 'Kedai Kopi', 'buat kerepek', share2 cerita sampai nk pecah perut bila ketawa..haha! Mcm2 kenangan tercipta antara kami semua dan dia..
Usia pertemuan selama setahun setengah ini banyak mencipta kenangan pahit & manis, ketawa bersama, menangis bersama, makan bersama, solat berjemaah bersama...macam2 lagi la..
Hmm, cuma tak berkesempatan je nak merasa kak izma jd imam solat isyak & tarawih time Ramadhan...asyik tiqa je..ish3...
Sem depan, tinggallah aku, Sha, dan Kak Dayah di KHAR..Kak Izma nun jauh disana, menjalani praktikal sbl tamat pengajian..
InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa time konvo Kak izma yea! Nak bg bunga bear warna pink khas utk kak izma:D
Tiqa & sha akan rindukan saat2 kita gathering..sebak hati ini bila bersalam, cium tgn & pipi kak izma tadi..huhuhuhu~
I'm gonna miss u..take care my sis..

Jumaat, 12 November 2010

~Course Registration Mode~

Alhamdulillah...
setelah 3 hari 3 malam aku setia menunggu di depan skrin laptop
semata-mata utk menerjah masuk ke ruang sistem mysis upsi yang setia loading sepanjang masa,
akhirnya berhasil juga penantianku..
dapat juga aku mendaftar beberapa kursus walaupun subjek major dah full...nampaknya terpaksalah aku mendaftar 2 subjek major (Financial Accounting II & Management Accounting) secara manual (guna borang add drop, ke hulu ke hilir dari fakulti ke bhg akademik upsi ke bilik lecturer)...huh!
Moga Allah permudahkan segala urusanku nanti...
InsyaAllah, semoga aku masih dapat bersama dgn sahabat2ku menempuh semester 4 ini dengan lebih baik...Amin~

*Bermula 22 November 2010 ini, final exam akan bermula...
buat tatapan diri ini dan sahabat2, selamat meniti perjuangan dgn penuh azam & iltizam...
semoga kemenangan & kejayaan berpihak kpd kita suatu hari nanti...insyaAllah:D

Khamis, 16 September 2010

~Eid 2010~



my younger bro (big bro to kimi) a.k.a atuk kerepot!


lepak @ bilik bibi..haha! (menyepahkan bilik bibi :p)


^_^

cousins on ibu's side

2nd day of Eid: cabut lari main bowling..haha!


candid!

here they come..the girls^_^


Cousins yg gler2!

Big Happy Family of Uci





























Selasa, 7 September 2010

~Eidul Mubarak~




Salam Aidilfitri


buat keluarga tercinta, Abah, Ibu, Angah, Mira, Iji, dan Kimi..


saudara terdekat mahupun yang jauh di mata,


buat sahabat handai yang mengenali diri ini...


(SK Tmn Maluri, SMK Bandar Tasik Puteri, Program Temuduga UPNM, KMNS & UPSI)


Maafkan segala khilafku selama perkenalan kita..


Maaf Zahir & Batin^_^


Take care u all...




Sabtu, 10 Julai 2010

Wahai Allah..
Lindungilah seluruh keluargaku sepanjang sepeninggalan aku di waktu ini..
Moga mereka sentiasa selamat & bahagia di bawah limpahan rahmatMu..
Untuk itu jua, Kau lindungilah aku di sini bersama rakan2 seperjuanganku..
Amin~

Jumaat, 18 Jun 2010

Kiramil Fatihah...

Ahad, 13 Jun 2010..
Satu berita yg tidak disangka-sangka singgah ke telingaku, iaitu pemergian bapa saudaraku menyambut panggilan Illahi..
Tepat jam 3.30pm, Allahyarham telah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya..
Pada mulanya, aku begitu terkejut dan tidak percaya sehingga tidak mampu mengalirkan air mata..
Semuanya pantas berlaku dalam sekelip mata..
Namun, setelah aku bersama-sama mengiringi jenazah Pak Cu ke tanah perkuburan serta menghayati talqin yang dilafazkan oleh Abahku, barulah aku mengerti dan sedar bahawa ini semua bukan mimpi semata-mata..
Ya, memang benar aku sudah kehilangan seorang ayah saudaraku, iaitu anak bongsu kepada nenekku, adik kepada ayahku, ayah kepada Rini & Farisha, serta satu-satunya suami buat Mak Cu..
Dalam usia yang masih muda (40 tahun), Allah lebih menyayanginya..
Tabahkan hati menerima dugaan ini, yang bernyawa pasti kembali menemui-NYA...
Cuma, sesekali aku terkenang kembali saat Pak Cu mendendangkan lagu Iris (nyanyian Awie) ketika kami berkaraoke di rumah Pak Lang (time Aidilfitri) .. Terharu tatkala kami mendengar suaranya...
InsyaALLAH, perlahan-lahan kami menerima hakikat ini=(

~Al-Fatihah bersama iringan doa buat Allahyarham Pak Cu, Burhanuddin Bustami (4 Jan 1970-13 Jun 2010), semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat oleh-NYA dan tenang bersemadi bersama para salihin..Amin~

Selasa, 25 Mei 2010

Dengarkan...


*Lagu favouriteku by Maher Zain*

Titisan Tinta Aminah Qutb

Sekiranya
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya..
Sekiranya
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai insan yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai
orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga..
Wahai Allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMu..
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah dalam mengharungi ujian
yang kau berikan kepadaku...
~Aminah Qutb~
*Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal, Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.

Jumaat, 21 Mei 2010

Alhamdulillah..

Alhamdulillah, thank you Allah..
krn masih memberi peluang kpdku utk merasai nikmat kejayaan..
aku tak sangka dgn apa yg aku lihat^_^
sbb dugaan yg dihadapi semasa exam mmg mencabar bg diriku..
tp Alhamdulillah, semuanya berhasil berkat drpd segalanya=)

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru!
Ucapan & doa khas buat para pendidik yg ikhlas menggalas tanggungjwb sbg seorang guru..
Pengorbanan setiap masa demi melahirkan insan yg berkualiti dr segi akademik mahupun sahsiah diri..
Semoga Allah sentiasa membalasnya dgn ganjaran di dunia & akhirat
Guru, jasamu kukenang hingga ke akhir hayat...
Terima kasih, Guru~

Rabu, 5 Mei 2010

Open Your Eyes

~Maher Zain~

~Gathering of AT08-ians 2009/2010~

smile^_^
bersama kwn2ku yg sporting=)


Rabu, 21 April 2010

salam...

26 April ni,
bermulalah perjuanganku utk menduduki final exam bg semester 2..
dan juga berakhirnya tahun pertamaku di peringkat degree ini..
maka, di kesempatan ini ku mohon kemaafan drpd semua insan yg mengenali diri ini..
atas segala kesilapan yg telah ku lakukan sama ada sedar mahupun tidak..
ku akui kelemahan dan kekuranganku..
maafkan aku..
dan bersama2 lah kita menadah tangan kpd Yang Maha Esa agar diberi ketenangan sepanjang meniti perjuangan ini, dipermudahkan dari awal hingga ke akhirnya..
semoga kemenangan iaitu kejayaan akan memilih kita utk memilikinya suatu hari nanti....
insyaAllah=)

Sabtu, 3 April 2010

Keistimewaan Wanita Menurut Hadith...

Doa wanita lebih makbul berbanding lelaki kerana sifat penyayang yang dimilikinya lebih kuat berbanding lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W mengenai hal tersebut, Baginda menjawab, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita yang solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah, dan mereka akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah S.A.W di dalam syurga.

Barangsiapa membawa hadiah (makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Barangsiapa yang mengutamakan anak perempuannya, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Barangsiapa yang memiliki 3 atau 2 anak perempuan/ saudara perempuan lalu die bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa dab bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

Apabila ibu dan bapamu memanggil serentak, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

Daripada Aisyah r.a, "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Maka, masuklah dari mana-mana pintu yang dia hendaki tanpa perlu dihisab.

Wanita yang taat kepada suaminya, maka semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari serta bulan semuanya beristighfar baginya sepanjang die mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

Aisyah r.a. berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Maka, Rasulullah S.A.W menjawab, "Suaminya." "Dan siapa pula yang berhak terhadap lelaki?" Maka, jawab Rasulullah S.A.W, "Ibunya."

Apabila wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta suaminya, maka masuklah dia ke syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.

Setiap wanita yang membantu suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu (10 000 tahun) berbanding suaminya.

Apabila seseorang wanita itu hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan 1000 kebaikan setiap hari dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan pahala orang yang berjihad ke jalan Allah baginya.

Apabila seseorang wanita melahirkan bayinya, maka keluarlah dosa-dosa daripadanya sepertimana bersih dan sucinya saat dia dilahirkan oleh ibunya.

Apabila bayi yang telah lahir disusukan, maka setiap satu tegukan susu itu memberi satu kebajikan buat dirinya.

Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur kerana memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T akan memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

~Selamat membaca & renung2kan=)

Ahad, 28 Mac 2010

Insya Allah...

Everytime you feel like you cannot go on
you feel so lost
that you're so alone
all you see is night
and darkness all around
you feel so helpless
you can't see which way to go
don't despair and never loose hope
cause Allah is always by your side..

Everytime you can make one more mistake
you feel you can't repent
and that it's way to late
You're so confused, wrong decisions you have made
haunt your mind and your heart is full of shame..

Turn to Allah
He's never far away
put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who show me the way
show me the way..show me the way..

InsyaAllah..InsyaAllah..
you'll/ we'll find the way...

~by Maher Zain~

Sabtu, 27 Mac 2010

Orang Yang Mencintai Kamu....(Siapakah dia??)

Orang yang mencintai kamu tidak pernah memberikan alasan mengapa dia mencintai kamu. kerana apa yang dia tahu, kamu adalah satu-satunya insan yang sentiasa bermain dihati dan matanya...

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, kerana kamulah yang tercantik di hati dan pandangannya..

Orang yang mencintai kamu selalu ingin mengetahui apa yang kamu lalui sepanjang hari, kerana dia ingin mengetahui kegiatanmu..

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS "Selamat pagi", "Selamat malam" ,"Take care" dan sebagainya. Walaupun kamu tidak membalasnya, tetapi itulah kiriman SMS yang menyatakan perasaan cintanya kepada kamu melalui cara berselindung, bukannya "aku cinta padamu" dan lain-lain lagi..

Orang yang mencintai kamu akan sentiasa mengingati setiap detik kamu bersamanya, kerana itulah satu-satunya kenangan yang amat berharga buat dirinya. dan disaat itu, pasti matanya berkaca apabila mengenangkan saat dia bersamamu tidak akan berulang kembali..

Orang yang mencintai kamu akan mula belajar meminati apa yang kamu sukai. Dia akan belajar untuk menyukai lagu kegemaranku- kerana dia fikir kesukaanmu adalah kesukaannya juga. walaupun, pada mulanya dia sukar untuk meminati kesukaan kamu, namun akhirnya dia berjaya juga..

Orang yang mencintai kamu akan sentiasa bertanya khabar apabila mengetahui kamu tidak sihat walaupun hanya sakit sedikit, kerana dia bimbangkan kamu dan peduli tentangmu..

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS "Good Luck" sebagai tanda semangat setiap kali kamu akan menghadapi ujian..

Orang yang mencintai kamu akan terdiam seketika ketika berbual denganmu melalui telefon, sehingga kamu menjadi bingung. sebenarnya, di saat itu dia berasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya..

Orang yang mencintai kamu akan bertindak lebih seperti saudara berbanding seperti seorang kekasih..

Orang yang mencintai kamu akan segera mengubah sikapnya yang tidak kamu gemari dan dia akan sentiasa menasihatimu supaya menjaga diri apabila berpindah ke situasi kehidupan yang baru.

Orang yang mencintai kamu akan menyimpan semua kiriman SMS daripada kamu sehingga memenuhi ruangan Inbox dalam telefon bimbitnya, walaupun ianya telah kamu kirim berbulan atau bertahun yang lalu..

Jika kamu cuba menjauhkan diri atau memberi reaksi menolaknya, dia akan mudah menyedari reaksi itu dan bertindak menghilangkan diri daripada kehidupanmu walaupun hal itu membunuh hatinya..

Orang yang amat mencintaimu tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta untuk mengetahuinya, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya. Namun di saat kamu meminta dia pergi, dia akan berlalu tanpa menyalahkanmu, kerana dia benar-benar mengerti apa yang dimaksudkan dengan cinta...

*Namun, disebalik semua ini, kita harus beringat bahawa golongan yang utama untuk menerima cinta kita adalah Allah Yang Maha Pemberi Cinta, Rasulullah s.a.w, dan ibu bapa kita...Belajarlah mencintai Pemberi Cinta dan diri kita sendiri sebelum kita mencintai insan lain=)

~Sekadar hiburan utk renungan si pembaca:D

Disebalik insan yang bernama WANITA...

Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hatinya..

Wanita sukar untuk mencari kebencian terhadap orang yang disayangi (kerana itulah ramai wanita patah hati apabila hubungan mereka putus di tengah jalan)

Wanita memang sukakan pujian, tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk menerima pujian itu..

Wanita suka meluahkan apa sahaja yang mereka rasai. Muzik, puisi, lukisan, dan tulisan adalah cara termudah bagi mereka untuk meluahkan isi hati.

Jangan sesekali memberitahu wanita bahawa mereka adalah golongan yang tidak berguna. (Fikir-fikirkanlah..)

Sekuntum senyuman memberi seribu erti kepada wanita. maka, janganlah kamu senyum sembarangan ya!

Jika kamu meminati seorang wanita, mulakan hubungan kamu dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam..

Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita..

Jika seseorang wanita mula menjauhkan diri selepas anda menolak cintanya, maka biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih menganggapnya sebagai kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan..

Bila seseorang wanita tidak menghiraukan anda selepas hatinya disakiti, berilah dia masa dan ruang untuk menenangkan fikirannya sebelum anda menegurnya dengan ucapan maaf..

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya memberi respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. tetapi, sebaik sahaja ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan sehingga semua rakannya tahu...(huhu, just kidding!)

~Semoga terhibur=)

~http://www.petua.org~

Selasa, 23 Mac 2010

Cinta Itu Dihati

cinta adalah fitrah hati
lahir tanpa diminta dan dipaksa
namun Tuhan sentiasa menguji
apakah cinta itu suci atau sebaliknya

cintailah yang dihati
itu cinta hakiki dan murni
jangan cinta hanya nafsu
itu cinta palsu yang melulu

betapa bahagia cintakan Tuhan
bagai bunga yang mewangi kehidupan
tiada waktu dan jarak memisah
kembara rasa tidak bernoktah

cintailah sesiapa sahaja
asal wadahnya cinta ALLAH
hati tidak resah
jiwa tidak akan gelisah
jauh terhubung rindu, dekat terikat padu...

~dipetik daripada cinta atau CINTA, 15 Sept. 2009~

catatan dariku

buat pertama kalinya aku menjejakkan langkahku di sini..
me-reka blogku sendiri
sbg tempat utk aku coretkan segala luahanku...
sblm ni, hanya kertas yang putih bersih menjadi teman setiaku bersama titisan tinta yang menceritakan perasaanku tika itu..
apa sahaja emosi..
dan skrg, ruangan ni juga akan jadi teman setiaku, insyaALLAH..
bila kelapangan, aku akan update selalu..
ok, salam ukhwah=)