Sabtu, 27 Mac 2010

Orang Yang Mencintai Kamu....(Siapakah dia??)

Orang yang mencintai kamu tidak pernah memberikan alasan mengapa dia mencintai kamu. kerana apa yang dia tahu, kamu adalah satu-satunya insan yang sentiasa bermain dihati dan matanya...

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, kerana kamulah yang tercantik di hati dan pandangannya..

Orang yang mencintai kamu selalu ingin mengetahui apa yang kamu lalui sepanjang hari, kerana dia ingin mengetahui kegiatanmu..

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS "Selamat pagi", "Selamat malam" ,"Take care" dan sebagainya. Walaupun kamu tidak membalasnya, tetapi itulah kiriman SMS yang menyatakan perasaan cintanya kepada kamu melalui cara berselindung, bukannya "aku cinta padamu" dan lain-lain lagi..

Orang yang mencintai kamu akan sentiasa mengingati setiap detik kamu bersamanya, kerana itulah satu-satunya kenangan yang amat berharga buat dirinya. dan disaat itu, pasti matanya berkaca apabila mengenangkan saat dia bersamamu tidak akan berulang kembali..

Orang yang mencintai kamu akan mula belajar meminati apa yang kamu sukai. Dia akan belajar untuk menyukai lagu kegemaranku- kerana dia fikir kesukaanmu adalah kesukaannya juga. walaupun, pada mulanya dia sukar untuk meminati kesukaan kamu, namun akhirnya dia berjaya juga..

Orang yang mencintai kamu akan sentiasa bertanya khabar apabila mengetahui kamu tidak sihat walaupun hanya sakit sedikit, kerana dia bimbangkan kamu dan peduli tentangmu..

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS "Good Luck" sebagai tanda semangat setiap kali kamu akan menghadapi ujian..

Orang yang mencintai kamu akan terdiam seketika ketika berbual denganmu melalui telefon, sehingga kamu menjadi bingung. sebenarnya, di saat itu dia berasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya..

Orang yang mencintai kamu akan bertindak lebih seperti saudara berbanding seperti seorang kekasih..

Orang yang mencintai kamu akan segera mengubah sikapnya yang tidak kamu gemari dan dia akan sentiasa menasihatimu supaya menjaga diri apabila berpindah ke situasi kehidupan yang baru.

Orang yang mencintai kamu akan menyimpan semua kiriman SMS daripada kamu sehingga memenuhi ruangan Inbox dalam telefon bimbitnya, walaupun ianya telah kamu kirim berbulan atau bertahun yang lalu..

Jika kamu cuba menjauhkan diri atau memberi reaksi menolaknya, dia akan mudah menyedari reaksi itu dan bertindak menghilangkan diri daripada kehidupanmu walaupun hal itu membunuh hatinya..

Orang yang amat mencintaimu tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta untuk mengetahuinya, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya. Namun di saat kamu meminta dia pergi, dia akan berlalu tanpa menyalahkanmu, kerana dia benar-benar mengerti apa yang dimaksudkan dengan cinta...

*Namun, disebalik semua ini, kita harus beringat bahawa golongan yang utama untuk menerima cinta kita adalah Allah Yang Maha Pemberi Cinta, Rasulullah s.a.w, dan ibu bapa kita...Belajarlah mencintai Pemberi Cinta dan diri kita sendiri sebelum kita mencintai insan lain=)

~Sekadar hiburan utk renungan si pembaca:D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan