Sabtu, 31 Disember 2011

.:Beginning of 2012:.

Tersentuh hati tatkala menghayati bait-bait lagu ini..
-Ombak Rindu Acoustic Version-





Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia disisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku...

Ahad, 11 Disember 2011

.:DakuMasihDisini:.

Assalamualaikum w.b.t..
Syukur Alhamdulillah,
hamba yg lemah lagi hina ini masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupannya hari ini..
Masih diberi peluang utk bersama insan2 tersayang & menunaikan kewajipan kepada seluruhnya..

Bermacam2 pengalaman Allah beri utk hambaNya merasainya..
Baik yang manis, pahit, masam, mahupun masin.. itu semuanya pengalaman kehidupan..
Anugerah & ujian hadir serentak
Sekejap suka, sekejap duka..

Teringat pada bait2 kata yang dipetik drpd sumber yg tidak dpt dikenal pasti:

"Hidup ini tidak selalunya indah..
Tapi yang indah itu selalu hidup dalam kenangan"

Ada benarnya kata-kata ini,
hidup kita tidak akan senantiasa dibuai ombak-ombak keindahan, atau dihanyut arus kebahagiaan yang berpanjangan..
sesekali pasti datangnya ujian utk menguji keimanan..
tetapi apabila kita berjaya mengharungi ujian itu, Allah akan hadirkan anugerah yang penuh dgn kemanisan..
dan ianya akan terus hidup & kekal abadi dalam kenangan..
^_^

Sabtu, 10 Disember 2011

.:Sepanjang Sabtu:.

Assalamualaikum w.b.t..
Entry for today's topic is Sepanjang Sabtu...
Sabtu yang mana? Ada banyak Sabtu ini..
-Sabtu yang bertarikh 10 Disember 2011:)

Sabtu yang diisi penuh dengan aktiviti Silat Cekak
8.00pg-1.30ptg: Ujian teori & praktikal Cekak 1 dan Cekak 2 di B.E-Learning 9 & 10
1.30ptg-3.30ptg: Merehatkan diri, solat Zohor, lunch dgn instruktor + tester ujian praktikal..best!
-Credited to Adam, Fais, Tjod, TikahS, Kak Syu, Fidzoh, Kak Yana, Nida, Azima, Ijlal, Ijmal, & sy TiqaF^_^
Bila dpt gathering sama2 lepas kelas silat memang best sgt2! Melepaskan penat bersama:)

9.30mlm-11,30mlm: Meeting sempoi2 sambil dinner @ Sahabat:)
-Credited to Abg Hafisz, Abe Zul, Adam, Fais, Tjod, & TiqaF
Agenda dlm meeting: bincang tentang urusan selepas HTP, Majlis Ijazah Potong, arrange Arabian Night Dinner sbg penghargaan kpd AJK2 HTP, penetapan yuran per semester utk ahli2 PSSCPUH UPSI, & mcm2 lg..

Hmm, rupa2nya ada lg tugas2 yg menanti diri ini..
Semoga dipermudahkan segala2nya.. Amin..
*Skrg nak mula contact ex-Cekak 2 semester lepas utk daftar Ijazah Potong...ada sesiapa yg berminat? Hehe^_^

Isnin, 5 Disember 2011

.:Perkongsian Hari Ini:.

"Kalimah yang paling disukai Allah ada empat, iaitu:
Subhanallah,
Alhamdulillah,
Lailahailallah,
Allahu Akbar,
tidak mengapa yang mana sahaja engkau dahulukan."
(Riwayat Muslim)

Rabu, 30 November 2011

Rindu Terlerai Sudah

Hari ini tiada kelas
tapi diri ini harus menjejakkan kaki ke kampus tercinta utk urusan bersama HEP & submit assignment Beginning Calculus..
leganya hati... Alhamdulillah~
tinggal nak siapkan assignment KPD 3016 je lagi..huhu..

Tadi baru lepas call ibu..
senangnya hati dapat dengar suara ibu..rindu sangat!
rindukan Abah yg sedang outstation skrg..
rindukan Mirah, Iji & Kimi di rumah..

Teringin nak balik rumah weekend ini, nak ziarah family tercinta..
Sabtu pula ada jemputan walimatul urus dua pupuku, Ain di N.9..
Tahniah2! Bakal bergelar isteri orang, awk yea :)
Semoga ikatan suci awak berdua dirahmatiNya sentiasa ^_^

Isnin, 28 November 2011

Untukmu + Untukku = Untuk Kita

Our latest favourite song..
~Sepanjang Hidup by Maher Zain~
Adaptation from the song "For The Rest of My Life"


Dan Akhirnya...

Setelah bertungkus lumus dan kepenatan selama 2 hari,
sejak celiknya mata ini sehinggalah ia terpejam kembali,
akhirnya pd hari ini, diri ini 'collapse'..
start pening2 kepala sbb asyik berpanas terik, berlari sana sini, mencukupkan yang mana tak cukup, contact caterer, mcm chipsmore dah sy ni...perlu ada di 3 tempat dalam satu masa yg sama..

sekejap tgk adik2 yang handle makanan bahagian khemah peserta, sekejap tgk kwn2 yg handle makanan kt bilik VVIP, sekejap lagi tgk kwn2 lain yg handle makanan kt ruang VIP.. always rotating every seconds!

Dan akhirnya, dpt penangan sakit2 badan, kaki, demam, sakit kepala bagai nak pitam.. lesu rasanya..
Semuanya pengalaman yg mematangkan diri kita:)

Mudah2an cepat sembuh ya, Atiqah:) InsyaAllah..

*Tugas baru dah muncul, iaitu settle bayaran perbelanjaan makanan sepanjang program Hari Tenaga Pengajar.. bersedia utk menghadap prosedurnya pula. huhu..

Khamis, 24 November 2011

Rehat Sebelum Penat

Hari ini (Jumat, 25 Nov 2011)
merehatkan diri sebelum menemui tugas2 penting & mencabar di esok hari!

Esok (Sabtu, 26 Nov 2011)
Jam 8.00 pagi - 1.00 tgh hari: bertugas sebagai instruktor Silat Cekak I & II
Jam 4.00 ptg - 6.00 petang: taklimat terakhir pelaksanaan HTP bersama pihak Pusat.
Jam 8.00 mlm -11.00 mlm: sesi taklimat MPP (Majlis Perguruan Persilatan), bertugas sbg AJK
Makanan

Lusa (Sabtu, 27 Nov 2011)
Jam 7.00 pagi : sudah terpacak di Auditorium Utama
Jam 7.30 pagi: sesi pendaftaran peserta2 HTP mengikut cawangan
handle makanan VVIP, VIP, peserta & urusetia (almost 1000 people here)
sarapan pagi
minum pagi
makan tengahari
minum petang

huh, mesti penat kan? pengalaman2..

Akhir kata, permudahkan segala urusanku, Wahai Allah & semoga program ini berlangsung dengan lancar.. amin..

Jumaat, 18 November 2011

dari sana untuk di sini

Ombak itu indah,
titisan embun itu indah,
cahaya pelangi itu indah,
kanak-kanak berlari itu indah,
senyum itu indah,
kelipan mata itu indah,
makanan itu indah,
kasih itu indah...
tetapi kasihku padamu cukup dan terlalu indah...
salam sayang dari kekasih...

19 November 2011
7.04 am
[a-a]

Sabtu, 5 November 2011

Salam Aidiladha

Masa: 11.00 pm [mengikut detik waktu yang terpampang di skrin laptop]

Tempat: Dalam bilik, tingkat 2, Rumah Uci, KL

Perkara: Salam Aidiladha, Maaf Zahir & Batin untuk semua muslimin & muslimat seluruh
dunia :)

Buat seluruh keluarga, saudara mara, sahabat handai daripada hamba Allah ini lahir ke
dunia hingga mencecah umur 21 tahun (berpandukan tarikh & waktu sekarang)
Tadika Kemas Taman Seri Indah, Tadika Islam, SKTM, SMKBTP, Program Temuduga
UPNM, KMNS, UPSI, etc.

Tidak lupa juga kepadanya & keluarga.. Maaf atas segala khilaf diri ini selama
persahabatan kita.. take care!

Khamis, 3 November 2011

~Alhamdulillah.. Syukur~

3 November 2011, 11.37 pm..
Alhamdulillah, hambaMu ini sgt bersyukur padaMu..
sesuatu yg tidak disangka2 hadir dalam hidup ini, meleraikan ketidakpastian yg membuku di hati..

Syukran Ya Rabb krn telah mengurniakan perkhabaran gembira ini.. mentakdirkan masa depan yg baik & pasti.. InsyaAllah..

Permudahkan segala urusan kami & peliharalah kami sebaik-baiknya di dunia & akhirat..
Semoga pertemuan ini adalah permulaan yg baik utk kami mencari keredhaanMU..

Syukur Alhamdulillah.. kedua-dua ayahanda & bonda kami merestui..
*Keredhaan Allah terletak pd keredhaan ibu bapa*

Perkenankan doa & hajat kami wahai Allah..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..
[a-a]

Rabu, 2 November 2011

Eid Adha + Mid Sem Break + Assignments

1 week for Mid Semester Break + with the Eidul Adha..
As usual, assignments are always be with me, always accompany me at anytime, anywhere :)

KPD 3016:
- Peta konsep Bab 10: Perkongsian
- Jadual Penentuan Kandungan Bab 10
- Langkah2 Pengajaran based on Learning Objectives [set induksi, instructional development,
activities, closure]

PAT 3033 (Taxation):
- Penulisan ilmiah cukai/duti eksais
- Prepare for Midterm Test

CPI 2011 (Koperasi):
-Kerja lapangan di pertubuhan berasaskan koperasi (in Malaysia)

SMN 3013 (Beginning Calculus):
- Topical Questions [submit on the last 3 weeks before final exam]

*Permudahkan segala urusanku, wahai Allah^_^

Selasa, 1 November 2011

~Lafaz Yang Tersimpan~

"..Dan raut tuamu
membekas di jiwaku
meredakan rindu
mendamaikan kalbu

Tak mungkin ku temu
iras sentuhanmu
biarpun ku redah seluruh dunia
mencari gantimu.."

*Credited to my Ibu & Abah... sangat2 sayang & cinta pada kalian ^_^

Miss itu Rindu

Setelah sekian lama..
Tiba2 terkenangkan dia..
Salam rindu & doa ku kirimkan buatmu, sahabat sejatiku..

*Walaupun jauh di mata, walaupun jarak memisahkan kita..
aku masih mengingatimu walaupun diri ini tiada dalam ingatanmu..

* Semoga Allah memberkatimu selalu :)

Jumaat, 21 Oktober 2011

KHAR & UPSI dah makin kekurangan manusia..
sbb semua dpt greenlight balik kampung sempena cuti Deepavali ni..

dan skrg, tinggallah diri ini keseorangan dlm bilik..
sbb Kak Nurul (roommate) dah balik KL, Jiha pn dah balik Seremban..
Yana pula nak pergi holiday...bestnye diaorang!

Dlm redha, kena tunggu Cik Pipot kita habis kelas Isnin depan..
Then, terus balik Rawang..

Mlm tadi dpt tido 1 jam setengah je (pukul 3 pg-4.30 pg) sbb terlalu byk berfikir..
Hmm, mengalahkan PM menghadapi masalah negara..haha!
Mata pn dah bengkak je pagi ni..huhu~

Kerja2 hari ini:
i) Puas cop2 kad yuran Cekak I (81 org), Cekak II (124 org) & Persatuan (3 org)
ii) Sebentar lg nak buat Lesson Planning utk kelas Cekak II esok.
iii) Manage T-shirt Cekak bersama Fais a.k.a Edyka Yusuff merangkap Naib Bendahari PSSCPUH UPSI.
iv) Malam ini meeting bersama orang2 kuat PSCUH utk Hari Tenaga Pengajar (HTP) Cekak Hanafi.
v) Agenda2 tersembunyi dan tanpa diduga.

So, mlm ini harus dapatkan rehat yang secukupnya, sbb esok nak bertempur di padang start 8 pagi -1 petang..huih!

*Diri ini harus kuat menerima cabaran:) InsyaAllah!

Khamis, 13 Oktober 2011

Entry For Today

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Sukar dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan..

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelah dan jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadamu
Yang terindah dalam hidupku..

Meski ku rapuh
dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMU
Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMU
Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMU
Dalam dada ku harap hanya
DiriMU yang bertakhta...



~terkenang pada yang telah pergi~

Rindu sangat pada ilham2 yg pernah sy coretkan atas kertas & save dlm laptop Acer 4736..
Tapi sayangnya, sy dah tak berpeluang nk refresh balik semua itu..
My own poems & shortstories collections have been lost...and they were gone!
Semuanya dah pergi dalam sekelip mata..T_T

Oleh kerana laptop itu dalam sekelip mata diambil (dlm bahasa kasar: dirompak) depan mata sy, maka segala data yg telah di save dgn selamat pun turut dibawa bersama..sangat sedih!

Daripada tahun 2006 (form 4), sy mula berjinak-jinak dlm dunia mengarang puisi & cerpen..
rasa-rasanya dah lebih 20 puisi & 2 cerpen sy coretkan..
Alhamdulillah, ilham kurniaan Allah sbg pengisian hobi sy:)

Apa yg dpt sy katakan, cuma setakat itulah rezeki puisi2 & cerpen itu berada bersama sy..
Sudah tersurat & tertulis takdir hayat mereka menemani sy di sini..

Tiba2 rasa sebak bila merasakan sesuatu yg kita sayang & cintai pergi meninggalkan kita..
kerana sejarah terciptanya puisi & cerpen itu hadir di kala sy bertemu dengan seseorang yang pernah saya kasihi...
I still remember, the 1st poem which I've described my feeling towards that Hamba Allah was "Alangkah Indahnya..."^_^

Hanya puisi yg bisa mengungkap suara hati,
Tatkala lidah kelu seribu bahasa,
Kerna diri ini tidak mampu meluahkan dengan kata-kata...

Ahad, 2 Oktober 2011

For The First Time...

Sabtu, 1 Oktober 2011
Aktiviti yg dijalankan oleh diri ini:
8.00pg-10.00pg : instruktor sementara Cekak 1 ( handle 20 org pelajar perempuan, latih cara menumbuk, buat kaedah A, B, C, dan D)

10.00pg-11.00 pg : rehat sebentar..terlalu lapar! Dah makin sumbang suara perut ni menyanyi :p

11.00og-1.00ptg : instruktor tetap utk Cekak 2 (handle 20 org pelajar perempuan, latih 5 buah jatuh seorang demi seorang)

*time buat buah jatuh kilas belakang pada students, terasa injured balik kaki yang patah hari itu..aduhhhh:(
kalau sakit berlarutan, kena x-ray pulak..huhu~
mudah2an Ya Allah, tak ada apa2 berlaku pd kaki ini..Amin...

1.00ptg-3.00ptg : rehat sebentar utk solat Zohor & lunch:)

3.30ptg-6.00ptg : training demo silat utk Majlis Suai Kenal Persatuan Sejarah.

6.00ptg-7.30mlm: Solat Asar, Solat Maghrib, bersiap utk ke Auditorium.

8.00mlm-10.00mlm: MSK berlangsung, persembahan bermula dgn demo persilatan Silat Cekak Hanafi UPSI:) Best!

10.00mlm-11.30mlm: Dinner skuad demo. Abg Najib belanja! Syukran ya!

11.45mlm : Akhirnya sampai juga diri ini di bilik tercinta...:)

~Hari yang sangat penat, tp menyeronokkan! Dpt timba pengalaman baru:)
~Macam biasa, dapat 'special present' spt sengal seluruh badan, tangan, kaki, lebam sana sini..huhu~

Ahad, 25 September 2011

Majlis Interaksi & AGM Silat Cekak 2011/2012

Jumaat, 23 Sept 2011
Meeting finalize program Majlis Interaksi & AGM Silat Cekak di Bilik Persatuan, Bitarasiswa UPSI dari jam 9.00 pm-11.30pm

Sabtu, 24 Sept 2011
Kelas ko-kurikulum Cekak 1 & Cekak 2 berlangsung dari jam 8.00am-12.00pm
Dalam pada masa Kak Tina beri taklimat assignment & ujian kpd students, Abg Zaidi, Adam, Tiqa, Tikah, Shah, & Kak Mal sibuk berlatih utk demo dalam majlis interaksi nanti.
Aduhai... dah lama badan, tangan, kaki ini tak training silat. Maklumlah, cuti 4 bulan sebelum ini..
Kitorang present demo dari segi kaedah, asas, jatuh, serangan bersenjata (pisau & tongkat), & 5 serang 1.
Dgn pleasure nya, Abg Zaidi nak juga aku terima serangan drpd 5 crook ini:
1. Kak Mal (serangan dr depan)
2. Tikah (serangan dr kanan)
3. Shah (serangan dr belakang)
4. Abg Zaidi (serangan dr kiri)
5. Adam (serangan sepak luar dr sisi kiri)
~Puas nak ingat buah utk terima serangan...huhuhu~

For the new experience, aku & Kak Mal kena buat demo sepasang pisau..
Kak Mal as a crook & aku sbg hero:)

Time demonstrasi:
best betul bersilat depan audiences ini, sbg satu pengenalan kpd student2 baru yg ambil Cekak 1 & Cekak 2^^

Selesai Majlis Interaksi, maka bermulalah AGM..
Jeng3! Dan tanpa disangka, nama ini tercalon & terus menyandang jawatan Bendahari PSSCPUH, UPSI, dibantu oleh Nik Fais..
Besarnya tanggungjawab, hanya Allah sahaja yang tahu..huhu~
Ditambah pula, semester ini ada tiga event besar Silat Cekak Hanafi di mana UPSI menjadi tuan rumah...ayoyo!

Skrg pula tgh menanggung sengal2 badan, tangan & kaki akibat penangan training silat semalam..ish3~

Rabu, 14 September 2011

Semester 5 Begins Here...

12 September 2011
Bermulanya kuliah, tutorial, assignment, discussion, appointment dgn lecturers, program sana sini, beratur panjang2, berebut naik bas, makan dgn coursemates, housemates, roommate, mcm2 lagi aktiviti sepanjang bergelar mahasiswa/i^_^

For this semester, syukur Alhamdulillah:)
dpt housemates sama2 batch AT08 2009/2010 (Kak Nurul, Jiha, & Yana)
Yang lain junior2 semester 1 drpd kos Pendidikan IT...welcome here, adik2!

My sister, Afifah a.k.a Cik Pipot pun study kat sini..
Bachelor Degree Pendidikan Pengurusan Perniagaan, under same faculty with me..
tapi kami masih belum terserempak di fakulti..
Oh ya, semalam kami terserempak dlm bas yg sama kat Taman Bernam, on the way balik kampus:)

Bagi semester ini, jadual kuliah tak terlalu complicated, agak lapang sikit waktu..
cumanya, ada byk aktiviti sampingan..
ditambah pula, semester ini tergalas t/jawab menjadi instruktor Silat Cekak I..
Harapanku, mudah2an mudahlah semuanya:)

Amin...^_^


Khamis, 11 Ogos 2011

~SaLaM RaMaDhaN aL-MubaRak~

Hari ini
tanggal 11 Ramadhan bersamaan dgn 11 Ogos 2011 M..
genap 11 hari umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa.

Alhamdulillah..
Syukur kpd Allah krn masih mengasihi kita dlm memberi peluang & kesempatan utk bernafas di muka bumi ini..
masih berpeluang utk menikmati kemanisan & keindahan Ramadhan yg hanya menjelma sekali dalam setiap tahun..
Dalam pada itu, sering2lah kita beringat pada insan2 yg telah meninggalkan kita demi janji mereka utk kembali ke pangkuanNya.. Ummul Kitab ikhlas dihadiahkan kpd mereka, Kiramil Fatihah~
Suatu masa nanti, akan tiba saat kita pula menyusuli mereka..

Mohon keredhaan dan keberkatan dlm setiap doa yg dititipkan, mudah2an kita dilanjutkan usia, sihat sejahtera serta dilindngi olehNya dlm kehidupan seharian ini..

Wahai Allah, hambaMu yg lemah lagi hina ini memohon keampunan selama bernafas di bumiMu, memohon perlindungan serta dipermudahkan dalam meniti perjuangan sbg khalifahMu
Redhai aku, Ya Allah..
Amin Ya Rabb..

Khamis, 16 Jun 2011

-On The Day, Time, Hours and Seconds of 28 May 2011-

Tercipta rekod pertama dlm sejarah hidupku..huhu..:(
Pd jam 8.30 pagi, aku & Atok alami kemalangan jalan raya di Jalan Hj. Abdullah, Muar..
kereta Myvi yg aku pandu terbabas di simpang jalan apabila nak mengelak sebuah motorsikal..
Kereta habis remuk di bhg depan, sbb rempuh tembok rumah org..huh..
Syukur kami tak cedera parah..

Skrg aku masih dlm cuti rehat (46 hari)..
masih bertongkat sbb nak rehatkan kaki (alami kecederaan bhg tulang di tapak kaki)..

Alhamdulillah..
aku & Atok masih berpeluang utk bernafas di muka bumi ini..
Terima kasih wahai Allah..

Ahad, 20 Mac 2011

5 Days To Go...

Hari ini : Isnin
Esok: Selasa
Lusa: Rabu
Tulat: Khamis, lepas itu, Jumaat menjelmakan dirinya..
Hari & saat yg dinanti2: Sabtu, 26 Mac 2011!

Nantikan kehadiran kami, Skuad Wajadiri Cekak Hanafi UPSI di UTeM, Melaka:)
(sebagai wakil UPSI ke peringkat IPT Kebangsaan)

Selama 1 bulan kami berhempas pulas, fitness di petang hari & training wajadiri di mlm hari..huh!
Hanya Allah saja yg tahu penat & letihnya kami mcm mana.. tp, best!
habis je training, dptla penangan hadiah lebam sana sini, kaki melecet, luka, mcm2 lagi la...kenangan~

Aku masuk acara wanita: 5 serang 1 kreatif (6 orang)
-aku (hero) yg sentiasa ditengah2 menanti serangan drpd 5 orang di depan, belakang, kanan, kiri, & sisi serong.
-shahfinas (peanut) : serangan sepak luar dr sisi serong
-tiqah daud (tiqah d) : serangan dr sebelah kanan
-mastura (mas) : serangan dr sebelah kiri
-noradlina (norad) : serangan dr belakang
-halimah (ima) : serangan dr depan

dlm masa kurang drpd 2 minit, aku kena 'kerjakan' diorang utk sesi buah2 silat & 'burger'...hehehehehe:p

Wahai Allah, permudahkan kami utk meniti perjuangan ini, & mudah2an kami berjaya bawa pulang kemenangan & kejayaan..insyaALLAH:D

All the best & buat yg terbaik, ok! ^_^

Khamis, 17 Mac 2011

Sepanjang aku meniti titian semester 4 ni, bermacam2 ujian Allah beri padaku..
Yg melibatkan diriku sendiri, keluargaku, komitmen aku dlm Wajadiri Cekak 2011

Skrg ini, aku tgh risaukan keadaan pak cik aku, Cik Co..
keadaannya semakin kritikal..
lukanya belum beransur sembuh, pedih!
sejak kebelakangan ni Cik Co selalu emotional, agresif, & cepat marah sebab tak tahan menanggung sakit..
ditambah pula, 'makhluk tak baik' itu dtg kembali mengganggu Cik Co..
Kasihan Cik Co..:(

Aku hanya mampu berdoa dr jauh, tunai Solat Hajat khas utk Cik Co..
Moga Allah beri kekuatan iman, rohani & jasmani dlm Co mengharungi dugaan ini..

Co,
sepanjang Co sakit, along akan menangis setiap kali teringatkan keadaan Co..
Dlm doa along utk Co, air mata along pasti menitis..
Maafkan along sebab agak lama along tak balik rumah Atok utk ziarah & jaga Co.. Along terikat dgn kelas & latihan silat setiap hari..
Along tanya khabar Co melalui ibu..
Kadang2 Along imbas kembali time setiap kali kami balik rumah Atok, Co happy sangat2 kan!
Co belikan ais krim, burger, & mcm2 lagi tgh2 malam..sampai kitorang x larat nak habiskan:)
Co layan kitorang dgn baik sekali...
Kitorang rindu saat itu, Co..=(

Dan kenangan kita semua sama2 holiday kat Pulau Tioman & Terengganu..
Along takkan lupakan semua itu..

Along masih ingat lagi dulu2..
time Along kecik2 dgn Shafiq.. kitorang main gunting2 sapu tangan kat dapur rumah Atok..
Yang lain ada kat ruang tamu..
Tgh syok2 main, Shafiq tergunting ibu jari tangan Along sebelah kanan..huwaaaaa!
Meraunglah Along sebab terkejut darah keluar mcm air paip!
Co yg dtg sambut Along dulu, bawa ke ruang tamu..
Pastu, Along dgr Shafiq kena marah dgn Co kat dapur...kesian dia~
Sampai skrg, parut terkena gunting itu masih jelas di ibu jari Along:)

Co,
kuatkan hati & semangat ya!
Sentiasa ingat Allah krn Dialah yg berhak memberi penyakit & Dia jugalah yg Maha Berkuasa utk sembuhkan penyakit hamba2Nya..
Along sentiasa doakan kesihatan yg baik utk Co:)





Jumaat, 4 Mac 2011

"Aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan aku jatuh cinta..."

[petikan drpd lagu "Sampai Menutup Mata"]

~Biarlah ku pendam perasaan itu jauh disudut hati...
Sedaya-upaya membiarkan ia bersembunyi
Kerna ku rasa
Dia belum berhak untuk mengetahui
sehinggalah tiba saat itu nanti..

*Slmt berjuang^_^

Selasa, 22 Februari 2011

B.I.N.G.K.I.S.A.N. R.I.N.D.U.

Sudah bertahun lama kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan yang tak mungkin kita lupa
Kirimkan khabar selalu seiringan hambusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu di kalbu

Pantas masa berlalu meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita
Potret lama masih ku simpan
Ku bingkaikan kenangan
Hingga terkadangku tersenyum sendirian

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Di kala malamku kau bawa cahaya
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu, kau takkan ku lupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan nan berliku bakal kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat penguat semangat
Menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu
Sematkanlah bingkisan rindu di kalbu

~Far East: Bingkisan Rindu~
*This song is dedicated to someone who brings a lot of meanings in my life..Thanks for being my
truly bestfriend^_^
Hopefully, you will have a great journey of life and always be blessed by our Creator! InsyaAllah...
(We haven't meet for a long time..huhu~)

Ahad, 13 Februari 2011

My lovely cousin, Aliaa duk asyik promote satu lagu ni..
The title given was Merindukanmu, singing by Harvey Malaiholo..
Best jugak!

lagu ni ada kaitan dgn sejarah silam seorang cousinku lagi, Rina..
dia siap set lagu ni as ringing tone lagi! Hehehe..

Nak dgr tak? Boleh...tp download sendiri la ye! Di sini hanyalah senikata/ lirik sahaja yg tertera:)

Rinduku menggapai dalam anganku
saatku ingat dirimu, menyentuh kalbuku
hanyalah bayanganmu hadir dalam rinduku
seakan tersenyum untukku, menatapku

*ku makin merindukanmu
sampai ke dalam jantungku
merintih hatiku kini memanggil namamu

Apakah kau merasakan hal yang sama
saatku memanggil namamu
saat ini...

~Semoga terhibur~
P/s: Jgn asyik sgt dgr lagu tu... utamakan santapan rohani dgn zikir Allah & selawat ke atas
Nabi Muhammad s.a.w...hehehehe:D

Sabtu, 12 Februari 2011

New Year Update

Hmm, dah lama aku tak update blog ni..
walaupun byk coretan dlm kisah hidup, tp disebabkan tiada kesempatan masa.. tak dapatla nak spend time lama2 kat sini..


Skrg dah masuk bulan Feb, dah habis Mid-semester Break dah pun..
Baru sebulan 1 minggu melalui semester 4 ni, mcm2 assignment dah dapat..
Tp yg bestnya, sbl cuti baru submit 1 assignment- Business Law atau dlm terma Melayunya "Undang-undang Perniagaan". Dlm seminggu berhempas pulas baca & hayati 2 law cases iaitu Koh Kia Hiong lwn. Guo Enterprises Pte. Ltd. ( kes di mahkamah Singapura) dan Balfour lwn. Balfour. (kes di mahkamah England).
Both of these two cases are related to the INTENTIONS OF FORMING A RELATION/CONTRACT WITH LAWS.
* Pengalaman baru jd lawyer sekejap :p

Tugas kami: keluarkan fakta kes, keputusan mahkamah, kaitkan dengan Akta Kontrak 1950, nama2 plaintif & defendan, lawyers for the both parties, Justice & mcm2 lagi la..(poning kpalo eden baco kes English ni, byk sgt bahaso tersiratnyo eh..)
Tp tak mengapa, at least kami dpt pengalaman baru mcm mana nak analisis kes mahkamah walaupun jd Law's student celup je:) hari2 duk pikir, kenapa la fakulti wujudkan subjek ni utk student2 Accounting sedangkan tak ada kaitan pun antara akaun dgn undang-undang...tp sebenarnya ada! Hehe...

Skrg ni asyik menghadap assignments lain pulak...sampai la habis semester:D
All da best ya utkku & rakan2 seperjuangan yg lain ^_^