Selasa, 23 Mac 2010

Cinta Itu Dihati

cinta adalah fitrah hati
lahir tanpa diminta dan dipaksa
namun Tuhan sentiasa menguji
apakah cinta itu suci atau sebaliknya

cintailah yang dihati
itu cinta hakiki dan murni
jangan cinta hanya nafsu
itu cinta palsu yang melulu

betapa bahagia cintakan Tuhan
bagai bunga yang mewangi kehidupan
tiada waktu dan jarak memisah
kembara rasa tidak bernoktah

cintailah sesiapa sahaja
asal wadahnya cinta ALLAH
hati tidak resah
jiwa tidak akan gelisah
jauh terhubung rindu, dekat terikat padu...

~dipetik daripada cinta atau CINTA, 15 Sept. 2009~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan