Sabtu, 27 Mac 2010

Disebalik insan yang bernama WANITA...

Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hatinya..

Wanita sukar untuk mencari kebencian terhadap orang yang disayangi (kerana itulah ramai wanita patah hati apabila hubungan mereka putus di tengah jalan)

Wanita memang sukakan pujian, tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk menerima pujian itu..

Wanita suka meluahkan apa sahaja yang mereka rasai. Muzik, puisi, lukisan, dan tulisan adalah cara termudah bagi mereka untuk meluahkan isi hati.

Jangan sesekali memberitahu wanita bahawa mereka adalah golongan yang tidak berguna. (Fikir-fikirkanlah..)

Sekuntum senyuman memberi seribu erti kepada wanita. maka, janganlah kamu senyum sembarangan ya!

Jika kamu meminati seorang wanita, mulakan hubungan kamu dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam..

Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita..

Jika seseorang wanita mula menjauhkan diri selepas anda menolak cintanya, maka biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih menganggapnya sebagai kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan..

Bila seseorang wanita tidak menghiraukan anda selepas hatinya disakiti, berilah dia masa dan ruang untuk menenangkan fikirannya sebelum anda menegurnya dengan ucapan maaf..

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya memberi respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. tetapi, sebaik sahaja ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan sehingga semua rakannya tahu...(huhu, just kidding!)

~Semoga terhibur=)

~http://www.petua.org~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan