Sekiranya 
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya 
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya..
Sekiranya 
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai insan yang kita cintai
Tetapi sekiranya 
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai 
orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga..
Wahai Allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku 
cinta kepadanya adalah keranaMu
dan campakkanlah ke dalam hatinya 
cinta kepadaku adalah keranaMu..
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh 
yang ditetapkan olehMu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah dalam mengharungi ujian 
yang kau berikan kepadaku...
~Aminah Qutb~
*Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal, Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan