Jumaat, 3 Februari 2012

~Allah Sentiasa Bersama Kita~

Dalam meniti titian hayat sang mujahidah ini..
Tiba-tiba dia rebah menyembah bumi
Akur dengan takdir Ilahi untuk kali ini
Dalam hati, dia cukup menyesali
Menitis air matanya, lalu membasahi bumi milik Ya Rabbi
KepadaNya diri ini meratap sedih
Kepadanya jua diri ini meluahkan,
mengadu kasih,
mendambakan semangat dan kekuatan
demi mengharungi dugaan ini
jua untuk meneruskan perjuangan dalam hidup
Bangkitlah wahai diri ini...
Perbetulkan kesilapan, kembali pada kebenaran..
Yakinkan dalam hatimu
Allah masih menyayangi kamu.. masih bersama kamu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan