Ahad, 1 Januari 2012

--> Madah Berhikmah <--

"Orang yang putus hubungan dengan Tuhannya ibarat wau yang putus daripada talinya.
Walaupun wau yang putus daripada tali itu nampak hebat, melayang ke kiri dan ke kanan, kadangkala terbang tinggi ditiup angin. Namun, ia tidak akan lama, wau itu akan jatuh ke bumi akhirnya.
Berbanding pula dengan wau yang bertali, ia elok terkawal dengan tali yang mengikatnya.
Begitu juga gambaran tentang manusia yang putus hubungan dengan Tuhannya, berbanding manusia yang yang terikat padu dengan Tuhan yang satu..."

Manusia yang terputus hubungan dengan Tuhan akan merasa tidak tenang, sekejap ke hulu sekejap ke hilir, hidup seperti tiada panduan dan arah tujuan..
Manakala manusia yang berpegang kepada Tuhannya akan melalui kehidupan ini dengan mudah & terkawal selagi berpandukan ajaran Al-Quran dan As-sunnah.

InsyaALLAH Taala..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan