Ahad, 11 Disember 2011

.:DakuMasihDisini:.

Assalamualaikum w.b.t..
Syukur Alhamdulillah,
hamba yg lemah lagi hina ini masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupannya hari ini..
Masih diberi peluang utk bersama insan2 tersayang & menunaikan kewajipan kepada seluruhnya..

Bermacam2 pengalaman Allah beri utk hambaNya merasainya..
Baik yang manis, pahit, masam, mahupun masin.. itu semuanya pengalaman kehidupan..
Anugerah & ujian hadir serentak
Sekejap suka, sekejap duka..

Teringat pada bait2 kata yang dipetik drpd sumber yg tidak dpt dikenal pasti:

"Hidup ini tidak selalunya indah..
Tapi yang indah itu selalu hidup dalam kenangan"

Ada benarnya kata-kata ini,
hidup kita tidak akan senantiasa dibuai ombak-ombak keindahan, atau dihanyut arus kebahagiaan yang berpanjangan..
sesekali pasti datangnya ujian utk menguji keimanan..
tetapi apabila kita berjaya mengharungi ujian itu, Allah akan hadirkan anugerah yang penuh dgn kemanisan..
dan ianya akan terus hidup & kekal abadi dalam kenangan..
^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan