Ahad, 25 September 2011

Majlis Interaksi & AGM Silat Cekak 2011/2012

Jumaat, 23 Sept 2011
Meeting finalize program Majlis Interaksi & AGM Silat Cekak di Bilik Persatuan, Bitarasiswa UPSI dari jam 9.00 pm-11.30pm

Sabtu, 24 Sept 2011
Kelas ko-kurikulum Cekak 1 & Cekak 2 berlangsung dari jam 8.00am-12.00pm
Dalam pada masa Kak Tina beri taklimat assignment & ujian kpd students, Abg Zaidi, Adam, Tiqa, Tikah, Shah, & Kak Mal sibuk berlatih utk demo dalam majlis interaksi nanti.
Aduhai... dah lama badan, tangan, kaki ini tak training silat. Maklumlah, cuti 4 bulan sebelum ini..
Kitorang present demo dari segi kaedah, asas, jatuh, serangan bersenjata (pisau & tongkat), & 5 serang 1.
Dgn pleasure nya, Abg Zaidi nak juga aku terima serangan drpd 5 crook ini:
1. Kak Mal (serangan dr depan)
2. Tikah (serangan dr kanan)
3. Shah (serangan dr belakang)
4. Abg Zaidi (serangan dr kiri)
5. Adam (serangan sepak luar dr sisi kiri)
~Puas nak ingat buah utk terima serangan...huhuhu~

For the new experience, aku & Kak Mal kena buat demo sepasang pisau..
Kak Mal as a crook & aku sbg hero:)

Time demonstrasi:
best betul bersilat depan audiences ini, sbg satu pengenalan kpd student2 baru yg ambil Cekak 1 & Cekak 2^^

Selesai Majlis Interaksi, maka bermulalah AGM..
Jeng3! Dan tanpa disangka, nama ini tercalon & terus menyandang jawatan Bendahari PSSCPUH, UPSI, dibantu oleh Nik Fais..
Besarnya tanggungjawab, hanya Allah sahaja yang tahu..huhu~
Ditambah pula, semester ini ada tiga event besar Silat Cekak Hanafi di mana UPSI menjadi tuan rumah...ayoyo!

Skrg pula tgh menanggung sengal2 badan, tangan & kaki akibat penangan training silat semalam..ish3~

Rabu, 14 September 2011

Semester 5 Begins Here...

12 September 2011
Bermulanya kuliah, tutorial, assignment, discussion, appointment dgn lecturers, program sana sini, beratur panjang2, berebut naik bas, makan dgn coursemates, housemates, roommate, mcm2 lagi aktiviti sepanjang bergelar mahasiswa/i^_^

For this semester, syukur Alhamdulillah:)
dpt housemates sama2 batch AT08 2009/2010 (Kak Nurul, Jiha, & Yana)
Yang lain junior2 semester 1 drpd kos Pendidikan IT...welcome here, adik2!

My sister, Afifah a.k.a Cik Pipot pun study kat sini..
Bachelor Degree Pendidikan Pengurusan Perniagaan, under same faculty with me..
tapi kami masih belum terserempak di fakulti..
Oh ya, semalam kami terserempak dlm bas yg sama kat Taman Bernam, on the way balik kampus:)

Bagi semester ini, jadual kuliah tak terlalu complicated, agak lapang sikit waktu..
cumanya, ada byk aktiviti sampingan..
ditambah pula, semester ini tergalas t/jawab menjadi instruktor Silat Cekak I..
Harapanku, mudah2an mudahlah semuanya:)

Amin...^_^


Khamis, 11 Ogos 2011

~SaLaM RaMaDhaN aL-MubaRak~

Hari ini
tanggal 11 Ramadhan bersamaan dgn 11 Ogos 2011 M..
genap 11 hari umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa.

Alhamdulillah..
Syukur kpd Allah krn masih mengasihi kita dlm memberi peluang & kesempatan utk bernafas di muka bumi ini..
masih berpeluang utk menikmati kemanisan & keindahan Ramadhan yg hanya menjelma sekali dalam setiap tahun..
Dalam pada itu, sering2lah kita beringat pada insan2 yg telah meninggalkan kita demi janji mereka utk kembali ke pangkuanNya.. Ummul Kitab ikhlas dihadiahkan kpd mereka, Kiramil Fatihah~
Suatu masa nanti, akan tiba saat kita pula menyusuli mereka..

Mohon keredhaan dan keberkatan dlm setiap doa yg dititipkan, mudah2an kita dilanjutkan usia, sihat sejahtera serta dilindngi olehNya dlm kehidupan seharian ini..

Wahai Allah, hambaMu yg lemah lagi hina ini memohon keampunan selama bernafas di bumiMu, memohon perlindungan serta dipermudahkan dalam meniti perjuangan sbg khalifahMu
Redhai aku, Ya Allah..
Amin Ya Rabb..

Khamis, 16 Jun 2011

-On The Day, Time, Hours and Seconds of 28 May 2011-

Tercipta rekod pertama dlm sejarah hidupku..huhu..:(
Pd jam 8.30 pagi, aku & Atok alami kemalangan jalan raya di Jalan Hj. Abdullah, Muar..
kereta Myvi yg aku pandu terbabas di simpang jalan apabila nak mengelak sebuah motorsikal..
Kereta habis remuk di bhg depan, sbb rempuh tembok rumah org..huh..
Syukur kami tak cedera parah..

Skrg aku masih dlm cuti rehat (46 hari)..
masih bertongkat sbb nak rehatkan kaki (alami kecederaan bhg tulang di tapak kaki)..

Alhamdulillah..
aku & Atok masih berpeluang utk bernafas di muka bumi ini..
Terima kasih wahai Allah..

Ahad, 20 Mac 2011

5 Days To Go...

Hari ini : Isnin
Esok: Selasa
Lusa: Rabu
Tulat: Khamis, lepas itu, Jumaat menjelmakan dirinya..
Hari & saat yg dinanti2: Sabtu, 26 Mac 2011!

Nantikan kehadiran kami, Skuad Wajadiri Cekak Hanafi UPSI di UTeM, Melaka:)
(sebagai wakil UPSI ke peringkat IPT Kebangsaan)

Selama 1 bulan kami berhempas pulas, fitness di petang hari & training wajadiri di mlm hari..huh!
Hanya Allah saja yg tahu penat & letihnya kami mcm mana.. tp, best!
habis je training, dptla penangan hadiah lebam sana sini, kaki melecet, luka, mcm2 lagi la...kenangan~

Aku masuk acara wanita: 5 serang 1 kreatif (6 orang)
-aku (hero) yg sentiasa ditengah2 menanti serangan drpd 5 orang di depan, belakang, kanan, kiri, & sisi serong.
-shahfinas (peanut) : serangan sepak luar dr sisi serong
-tiqah daud (tiqah d) : serangan dr sebelah kanan
-mastura (mas) : serangan dr sebelah kiri
-noradlina (norad) : serangan dr belakang
-halimah (ima) : serangan dr depan

dlm masa kurang drpd 2 minit, aku kena 'kerjakan' diorang utk sesi buah2 silat & 'burger'...hehehehehe:p

Wahai Allah, permudahkan kami utk meniti perjuangan ini, & mudah2an kami berjaya bawa pulang kemenangan & kejayaan..insyaALLAH:D

All the best & buat yg terbaik, ok! ^_^

Khamis, 17 Mac 2011

Sepanjang aku meniti titian semester 4 ni, bermacam2 ujian Allah beri padaku..
Yg melibatkan diriku sendiri, keluargaku, komitmen aku dlm Wajadiri Cekak 2011

Skrg ini, aku tgh risaukan keadaan pak cik aku, Cik Co..
keadaannya semakin kritikal..
lukanya belum beransur sembuh, pedih!
sejak kebelakangan ni Cik Co selalu emotional, agresif, & cepat marah sebab tak tahan menanggung sakit..
ditambah pula, 'makhluk tak baik' itu dtg kembali mengganggu Cik Co..
Kasihan Cik Co..:(

Aku hanya mampu berdoa dr jauh, tunai Solat Hajat khas utk Cik Co..
Moga Allah beri kekuatan iman, rohani & jasmani dlm Co mengharungi dugaan ini..

Co,
sepanjang Co sakit, along akan menangis setiap kali teringatkan keadaan Co..
Dlm doa along utk Co, air mata along pasti menitis..
Maafkan along sebab agak lama along tak balik rumah Atok utk ziarah & jaga Co.. Along terikat dgn kelas & latihan silat setiap hari..
Along tanya khabar Co melalui ibu..
Kadang2 Along imbas kembali time setiap kali kami balik rumah Atok, Co happy sangat2 kan!
Co belikan ais krim, burger, & mcm2 lagi tgh2 malam..sampai kitorang x larat nak habiskan:)
Co layan kitorang dgn baik sekali...
Kitorang rindu saat itu, Co..=(

Dan kenangan kita semua sama2 holiday kat Pulau Tioman & Terengganu..
Along takkan lupakan semua itu..

Along masih ingat lagi dulu2..
time Along kecik2 dgn Shafiq.. kitorang main gunting2 sapu tangan kat dapur rumah Atok..
Yang lain ada kat ruang tamu..
Tgh syok2 main, Shafiq tergunting ibu jari tangan Along sebelah kanan..huwaaaaa!
Meraunglah Along sebab terkejut darah keluar mcm air paip!
Co yg dtg sambut Along dulu, bawa ke ruang tamu..
Pastu, Along dgr Shafiq kena marah dgn Co kat dapur...kesian dia~
Sampai skrg, parut terkena gunting itu masih jelas di ibu jari Along:)

Co,
kuatkan hati & semangat ya!
Sentiasa ingat Allah krn Dialah yg berhak memberi penyakit & Dia jugalah yg Maha Berkuasa utk sembuhkan penyakit hamba2Nya..
Along sentiasa doakan kesihatan yg baik utk Co:)





Jumaat, 4 Mac 2011

"Aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan aku jatuh cinta..."

[petikan drpd lagu "Sampai Menutup Mata"]

~Biarlah ku pendam perasaan itu jauh disudut hati...
Sedaya-upaya membiarkan ia bersembunyi
Kerna ku rasa
Dia belum berhak untuk mengetahui
sehinggalah tiba saat itu nanti..

*Slmt berjuang^_^