Selasa, 1 November 2011

Miss itu Rindu

Setelah sekian lama..
Tiba2 terkenangkan dia..
Salam rindu & doa ku kirimkan buatmu, sahabat sejatiku..

*Walaupun jauh di mata, walaupun jarak memisahkan kita..
aku masih mengingatimu walaupun diri ini tiada dalam ingatanmu..

* Semoga Allah memberkatimu selalu :)

Jumaat, 21 Oktober 2011

KHAR & UPSI dah makin kekurangan manusia..
sbb semua dpt greenlight balik kampung sempena cuti Deepavali ni..

dan skrg, tinggallah diri ini keseorangan dlm bilik..
sbb Kak Nurul (roommate) dah balik KL, Jiha pn dah balik Seremban..
Yana pula nak pergi holiday...bestnye diaorang!

Dlm redha, kena tunggu Cik Pipot kita habis kelas Isnin depan..
Then, terus balik Rawang..

Mlm tadi dpt tido 1 jam setengah je (pukul 3 pg-4.30 pg) sbb terlalu byk berfikir..
Hmm, mengalahkan PM menghadapi masalah negara..haha!
Mata pn dah bengkak je pagi ni..huhu~

Kerja2 hari ini:
i) Puas cop2 kad yuran Cekak I (81 org), Cekak II (124 org) & Persatuan (3 org)
ii) Sebentar lg nak buat Lesson Planning utk kelas Cekak II esok.
iii) Manage T-shirt Cekak bersama Fais a.k.a Edyka Yusuff merangkap Naib Bendahari PSSCPUH UPSI.
iv) Malam ini meeting bersama orang2 kuat PSCUH utk Hari Tenaga Pengajar (HTP) Cekak Hanafi.
v) Agenda2 tersembunyi dan tanpa diduga.

So, mlm ini harus dapatkan rehat yang secukupnya, sbb esok nak bertempur di padang start 8 pagi -1 petang..huih!

*Diri ini harus kuat menerima cabaran:) InsyaAllah!

Khamis, 13 Oktober 2011

Entry For Today

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Sukar dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan..

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelah dan jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadamu
Yang terindah dalam hidupku..

Meski ku rapuh
dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMU
Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMU
Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMU
Dalam dada ku harap hanya
DiriMU yang bertakhta...



~terkenang pada yang telah pergi~

Rindu sangat pada ilham2 yg pernah sy coretkan atas kertas & save dlm laptop Acer 4736..
Tapi sayangnya, sy dah tak berpeluang nk refresh balik semua itu..
My own poems & shortstories collections have been lost...and they were gone!
Semuanya dah pergi dalam sekelip mata..T_T

Oleh kerana laptop itu dalam sekelip mata diambil (dlm bahasa kasar: dirompak) depan mata sy, maka segala data yg telah di save dgn selamat pun turut dibawa bersama..sangat sedih!

Daripada tahun 2006 (form 4), sy mula berjinak-jinak dlm dunia mengarang puisi & cerpen..
rasa-rasanya dah lebih 20 puisi & 2 cerpen sy coretkan..
Alhamdulillah, ilham kurniaan Allah sbg pengisian hobi sy:)

Apa yg dpt sy katakan, cuma setakat itulah rezeki puisi2 & cerpen itu berada bersama sy..
Sudah tersurat & tertulis takdir hayat mereka menemani sy di sini..

Tiba2 rasa sebak bila merasakan sesuatu yg kita sayang & cintai pergi meninggalkan kita..
kerana sejarah terciptanya puisi & cerpen itu hadir di kala sy bertemu dengan seseorang yang pernah saya kasihi...
I still remember, the 1st poem which I've described my feeling towards that Hamba Allah was "Alangkah Indahnya..."^_^

Hanya puisi yg bisa mengungkap suara hati,
Tatkala lidah kelu seribu bahasa,
Kerna diri ini tidak mampu meluahkan dengan kata-kata...

Ahad, 2 Oktober 2011

For The First Time...

Sabtu, 1 Oktober 2011
Aktiviti yg dijalankan oleh diri ini:
8.00pg-10.00pg : instruktor sementara Cekak 1 ( handle 20 org pelajar perempuan, latih cara menumbuk, buat kaedah A, B, C, dan D)

10.00pg-11.00 pg : rehat sebentar..terlalu lapar! Dah makin sumbang suara perut ni menyanyi :p

11.00og-1.00ptg : instruktor tetap utk Cekak 2 (handle 20 org pelajar perempuan, latih 5 buah jatuh seorang demi seorang)

*time buat buah jatuh kilas belakang pada students, terasa injured balik kaki yang patah hari itu..aduhhhh:(
kalau sakit berlarutan, kena x-ray pulak..huhu~
mudah2an Ya Allah, tak ada apa2 berlaku pd kaki ini..Amin...

1.00ptg-3.00ptg : rehat sebentar utk solat Zohor & lunch:)

3.30ptg-6.00ptg : training demo silat utk Majlis Suai Kenal Persatuan Sejarah.

6.00ptg-7.30mlm: Solat Asar, Solat Maghrib, bersiap utk ke Auditorium.

8.00mlm-10.00mlm: MSK berlangsung, persembahan bermula dgn demo persilatan Silat Cekak Hanafi UPSI:) Best!

10.00mlm-11.30mlm: Dinner skuad demo. Abg Najib belanja! Syukran ya!

11.45mlm : Akhirnya sampai juga diri ini di bilik tercinta...:)

~Hari yang sangat penat, tp menyeronokkan! Dpt timba pengalaman baru:)
~Macam biasa, dapat 'special present' spt sengal seluruh badan, tangan, kaki, lebam sana sini..huhu~

Ahad, 25 September 2011

Majlis Interaksi & AGM Silat Cekak 2011/2012

Jumaat, 23 Sept 2011
Meeting finalize program Majlis Interaksi & AGM Silat Cekak di Bilik Persatuan, Bitarasiswa UPSI dari jam 9.00 pm-11.30pm

Sabtu, 24 Sept 2011
Kelas ko-kurikulum Cekak 1 & Cekak 2 berlangsung dari jam 8.00am-12.00pm
Dalam pada masa Kak Tina beri taklimat assignment & ujian kpd students, Abg Zaidi, Adam, Tiqa, Tikah, Shah, & Kak Mal sibuk berlatih utk demo dalam majlis interaksi nanti.
Aduhai... dah lama badan, tangan, kaki ini tak training silat. Maklumlah, cuti 4 bulan sebelum ini..
Kitorang present demo dari segi kaedah, asas, jatuh, serangan bersenjata (pisau & tongkat), & 5 serang 1.
Dgn pleasure nya, Abg Zaidi nak juga aku terima serangan drpd 5 crook ini:
1. Kak Mal (serangan dr depan)
2. Tikah (serangan dr kanan)
3. Shah (serangan dr belakang)
4. Abg Zaidi (serangan dr kiri)
5. Adam (serangan sepak luar dr sisi kiri)
~Puas nak ingat buah utk terima serangan...huhuhu~

For the new experience, aku & Kak Mal kena buat demo sepasang pisau..
Kak Mal as a crook & aku sbg hero:)

Time demonstrasi:
best betul bersilat depan audiences ini, sbg satu pengenalan kpd student2 baru yg ambil Cekak 1 & Cekak 2^^

Selesai Majlis Interaksi, maka bermulalah AGM..
Jeng3! Dan tanpa disangka, nama ini tercalon & terus menyandang jawatan Bendahari PSSCPUH, UPSI, dibantu oleh Nik Fais..
Besarnya tanggungjawab, hanya Allah sahaja yang tahu..huhu~
Ditambah pula, semester ini ada tiga event besar Silat Cekak Hanafi di mana UPSI menjadi tuan rumah...ayoyo!

Skrg pula tgh menanggung sengal2 badan, tangan & kaki akibat penangan training silat semalam..ish3~

Rabu, 14 September 2011

Semester 5 Begins Here...

12 September 2011
Bermulanya kuliah, tutorial, assignment, discussion, appointment dgn lecturers, program sana sini, beratur panjang2, berebut naik bas, makan dgn coursemates, housemates, roommate, mcm2 lagi aktiviti sepanjang bergelar mahasiswa/i^_^

For this semester, syukur Alhamdulillah:)
dpt housemates sama2 batch AT08 2009/2010 (Kak Nurul, Jiha, & Yana)
Yang lain junior2 semester 1 drpd kos Pendidikan IT...welcome here, adik2!

My sister, Afifah a.k.a Cik Pipot pun study kat sini..
Bachelor Degree Pendidikan Pengurusan Perniagaan, under same faculty with me..
tapi kami masih belum terserempak di fakulti..
Oh ya, semalam kami terserempak dlm bas yg sama kat Taman Bernam, on the way balik kampus:)

Bagi semester ini, jadual kuliah tak terlalu complicated, agak lapang sikit waktu..
cumanya, ada byk aktiviti sampingan..
ditambah pula, semester ini tergalas t/jawab menjadi instruktor Silat Cekak I..
Harapanku, mudah2an mudahlah semuanya:)

Amin...^_^