Selasa, 12 Mac 2013

saat lafaz sakinah

tika dinihari
terasa sayu dihati
terasa basah air mata mengalir di pipi
tatkala mengenang saat yang bakal melakar satu sejarah dalam hidup ini
ku membayangkan dalam suasana sepi
saat Abah bersemuka, berjabat erat tangannya dengan pemuda itu
mata bertemu mata, kata bertemu bicara
lidah menzahirkan ungkapan dari hati
kini, dia akur dan redha dengan janji Ilahi
dalam ketenangan hati dan kerendahan jiwa,
lafaz suci itu diungkap Abah penuh syahdu dan disambut oleh pemuda itu
tanda amanah ini diserahkan kepadanya
sungguh sayu...
hanya air mata menemaniku saat itu
tanganku digenggam erat oleh Ibu
pujukan Ibu penawar segalanya bagiku
aku dapat merasakan Ibu redha menyerahkanku kepadanya..
tangan Abah kucium penuh makna
terasa ubun-ubunku disentuh mesra
dahiku dikucup lembut, tanda sayang dan kasih seorang ayahanda
pesanan dan nasihat tidak lupa dititipkannya
buat bekalan dalam titian menuju syurga cintaNya
ku pinta doa restu darimu
halalkan segalanya untuk dunia dan akhiratku
terima kasih, Ibu dan Abahku
Kan kusetia mencintaimu dalam setiap nafas dan doaku...


Khamis, 17 Januari 2013

Share for Care

Dalam merasakan kita selalu berjumpa dengan orang yang salah dalam hidup kita sehinggakan diri kita berasa kecewa kerananya, kita perlu beringat bahawa boleh jadi kita juga merupakan orang yang salah dalam hidup orang lain sehingga mengecewakan mereka..

Renung-renungkanlah..

*BerfikirSejenak*
Mungkin juga tanpa kita sedar, kita sudah banyak mengecewakan Dia. Namun hakikatnya, Dia tidak pernah mengecewakan kita sebagai hambaNya. Ampunilah kami, wahai Allah.

Isnin, 14 Januari 2013

Share for Care ^_^

.:Muhasabah Diri:.
--> Barangsiapa hatinya asyik dengan dunia, nescaya Allah sibukkan tangannya dengan kerja-kerja dunia. Barangsiapa hatinya memikirkan akhirat, maka Allah penuhkan hatinya dengan kekayaan dan kesibukannya dengan ibadah. -mafhum hadith-

Selasa, 30 Oktober 2012

.:she's back:.

Sudah lama diri ini menyepi.. kali ini dia muncul kembali..
Alhamdulillah..
diri ini masih bernafas di bumi milik Ya Rabbi
masih setia bersama insan-insan yang dicintai & dikasihi..

Assalamualaikum w.b.t buat insan-insan yang mungkin akan tersinggah atau menyinggah blog yang menjadi ruang coretanku..
Mudah-mudahan semuanya sihat sejahtera diiringi bahagia, redha, & barakah kurniaanNya ^_^

Tika ini, hampir 2 bulan diri ini bergelar......
Alhamdulillah, semoga kesuciannya terpelihara bersama restu kedua-dua bonda & ayahanda kami serta redha Illahi.. insyaAllah
Sehingga kini, masih segar diingatan antara alunan zikir selawat & lagu-lagu yang mengiringi majlis kami.
Buat pertama kalinya, diri ini jatuh cinta kepada Selawat Burdah, iaitu alunan zikir selawat yang mengiringi diri ini turun ke persada..
Sungguh indah alunan & bait-bait madahnya :)

Marilah sama-sama kita hayatinya

Ahad, 13 Mei 2012

~Mawaddah Warrahmah~

Alhamdulillah..
syukur Ya Allah..
Kerana membuka pintu hati kami untuk memilih jalan ini..
dan kami mengharapkan semoga jalan ini yang Kau redhai Ya Rabbul 'Izzati..

Semoga kami sentiasa diberi kekuatan, ketabahan & ketenangan dalam meniti perjuangan ini

InsyaAllah^_^


Khamis, 12 April 2012

Eyes & Tears

Menangislah wahai mata
kerana itu adalah tugasmu

Menangislah wahai mata
kerana itulah kamu diciptakan

Mata,
kau banyak berjasa kepadaku
titisan air mata ini sentiasa mengalir deras bila hatiku tersentuh
menemaniku di saat kesedihan dan kesepian
dan air mata ini menjadi saksi aku dan Yang Maha Esa
ketika ku sujud menyembah Yang Maha Kuasa

Mata,
terima kasih kerana kau sentiasa mengajar aku erti sabar
sabar untuk menahan gegaran hati
yang hampir menggugat keimananku

Mata,
aku tahu pasti kau letih untuk menangis
dan kadangkala hampir kering air matamu untuk mengalir

Maafkan aku, mata
aku bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan ini
ia memberi keinsafan kepadaku
tentang nikmat yang amat berharga ini
kerana jika tiada mata, bagaimana akan ku lepaskan amarah pada diri ini?

Menangislah wahai mata
seandainya diri ini masih memerlukanmu
selagi rasa syahdu terus meratapi
selagi Allah meminjamkanmu kepadaku
selagi hayatku masih berlayar di muka bumi ini...

*Syukur Ya Allah kerana diri ini masih dikurniai nikmat air mata..
*Terima kasih buat insan di sana kerana sudi meng'hadiah'kan suasana hingga air mata ini membasahi bumi.. T_T







Selasa, 20 Mac 2012