Khamis, 12 April 2012

Eyes & Tears

Menangislah wahai mata
kerana itu adalah tugasmu

Menangislah wahai mata
kerana itulah kamu diciptakan

Mata,
kau banyak berjasa kepadaku
titisan air mata ini sentiasa mengalir deras bila hatiku tersentuh
menemaniku di saat kesedihan dan kesepian
dan air mata ini menjadi saksi aku dan Yang Maha Esa
ketika ku sujud menyembah Yang Maha Kuasa

Mata,
terima kasih kerana kau sentiasa mengajar aku erti sabar
sabar untuk menahan gegaran hati
yang hampir menggugat keimananku

Mata,
aku tahu pasti kau letih untuk menangis
dan kadangkala hampir kering air matamu untuk mengalir

Maafkan aku, mata
aku bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan ini
ia memberi keinsafan kepadaku
tentang nikmat yang amat berharga ini
kerana jika tiada mata, bagaimana akan ku lepaskan amarah pada diri ini?

Menangislah wahai mata
seandainya diri ini masih memerlukanmu
selagi rasa syahdu terus meratapi
selagi Allah meminjamkanmu kepadaku
selagi hayatku masih berlayar di muka bumi ini...

*Syukur Ya Allah kerana diri ini masih dikurniai nikmat air mata..
*Terima kasih buat insan di sana kerana sudi meng'hadiah'kan suasana hingga air mata ini membasahi bumi.. T_T