Isnin, 27 Februari 2012

..:Bisikan Hati:..

Jika namamu yang tertulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita.
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku.

Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu.
Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik'.

Wahai Allah...
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah..
Seandainya ukhwah ini kudus maka panjangkanlah..
Seandainya luka ini berhikmah maka biarkanlah..
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah..

[Dipetik daripada Cinta? Diamkanlah.. www.iluvislam.com]

Mengapa Kita Menunaikan Solat?

Apa yang ada pada SOLAT??

.:.Kerana solat itu PENGHUBUNG antara hamba dan Tuhannya

.:.Di dalam solat itulah terdapat saat Allah PALING DEKAT dengan hambaNya, iaitu sujud

.:.Dengan solat, seseorang boleh MENGADU kepada Tuhannya seperti seorang anak mengadu kepada ibunya

.:.Kasih sayang Tuhan MELEBIHI kasih sayang seorang ibu
Dengan solat juga, ianya PELUANG dan SAAT MENGINGATI Tuhan paling MAKSIMUM

.:.Setiap tindakan iaitu ruku'. iktidal, sujud, berdiri, tahiyyat, semuanya MEMUJI-MUJI Allah Penguasa sekelian alam

.:.Maka, benarlah SOLAT itu PENGUBAT HATI yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang , hati yang memerlukan bimbingan...

.:.Maka, solatlah... semoga ianya membuahkan kedamaian dan ketenangan di hati ^_^


Khamis, 23 Februari 2012

Jika...

Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu,
maka Allah meneguhkan kepercayaanmu kepadaNya..

Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu,
maka Allah menguji kesabaranmu..

Jika ALLAH SWT tidak memakbulkan doamu,
Maka Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu..

..peace..^_^

Rabu, 22 Februari 2012

..tika malam ini..

Allah TANGGUHKAN sesuatu untuk BERI sesuatu yang LEBIH BAIK ^_^

*Pesanan untuk diri ini, dirinya & sahabat taulan <3

..Kalam Kali Ini..

Walaupun WANITA itu di luaran nampak KASAR, TABAH dan KUAT, boleh buat apa yang orang lelaki buat.. Tapi jauh di sudut hati mereka, mereka juga punya hati yang paling LEMBUT ^_^

Rabu, 8 Februari 2012

" I'm Lovin' It "



I do really love eating Chocolate Pretzels ^_^

the stick one..from Auntie Anne's

one more please.....:)



Jumaat, 3 Februari 2012

~Allah Sentiasa Bersama Kita~

Dalam meniti titian hayat sang mujahidah ini..
Tiba-tiba dia rebah menyembah bumi
Akur dengan takdir Ilahi untuk kali ini
Dalam hati, dia cukup menyesali
Menitis air matanya, lalu membasahi bumi milik Ya Rabbi
KepadaNya diri ini meratap sedih
Kepadanya jua diri ini meluahkan,
mengadu kasih,
mendambakan semangat dan kekuatan
demi mengharungi dugaan ini
jua untuk meneruskan perjuangan dalam hidup
Bangkitlah wahai diri ini...
Perbetulkan kesilapan, kembali pada kebenaran..
Yakinkan dalam hatimu
Allah masih menyayangi kamu.. masih bersama kamu..