Ahad, 29 Januari 2012

.:Tinta Sebelum Terlena:.

Cinta..
Andai suatu hari aku akan dicintai
Andai suatu masa aku akan mencintai
Sudilah engkau terbit menemani jiwa kami

Cinta..
Buat masa ini
Aku ingin sekali kau dikunci rapi
Kerna kini aku ingin menimba ilmu Ilahi

Cinta..
Sabarlah dikau buat sementara ini
Tatkala sudah tiba masanya nanti
Datanglah kembali menghiasi bahtera kasih abadi...

Rabu, 11 Januari 2012

Before The Semester Ends...

Alhamdulillah..
diri ini sudah melalui 2 ujian dunia iaitu paper Auditing (Pengauditan) & Beginning Calculus..
Hanya tinggal paper Taxation (Pencukaian) pada 16 Jan 2012 ini..
Permudahkan aku & rakan2 seperjuanganku untuk meniti perjuangan ini, wahai Allah..
Amin Ya Rabb..

Then, semester 5 will ends here.. and the final semester break will begin its days..

In coming, semester 6 will show up itself in the year of 2012:)
InsyaAllah ^_^

Ahad, 1 Januari 2012

--> Madah Berhikmah <--

"Orang yang putus hubungan dengan Tuhannya ibarat wau yang putus daripada talinya.
Walaupun wau yang putus daripada tali itu nampak hebat, melayang ke kiri dan ke kanan, kadangkala terbang tinggi ditiup angin. Namun, ia tidak akan lama, wau itu akan jatuh ke bumi akhirnya.
Berbanding pula dengan wau yang bertali, ia elok terkawal dengan tali yang mengikatnya.
Begitu juga gambaran tentang manusia yang putus hubungan dengan Tuhannya, berbanding manusia yang yang terikat padu dengan Tuhan yang satu..."

Manusia yang terputus hubungan dengan Tuhan akan merasa tidak tenang, sekejap ke hulu sekejap ke hilir, hidup seperti tiada panduan dan arah tujuan..
Manakala manusia yang berpegang kepada Tuhannya akan melalui kehidupan ini dengan mudah & terkawal selagi berpandukan ajaran Al-Quran dan As-sunnah.

InsyaALLAH Taala..

.:Renungan Hari Ini:.

Hadis Rasulullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya.."
(Riwayat Abu Naim)

*Berdiam itu lebih baik.
*Berdiam tidak bererti membisu, tetapi berfikir secara rasional & berkata-kata melalui hati yang suci.