Jumaat, 21 Oktober 2011

KHAR & UPSI dah makin kekurangan manusia..
sbb semua dpt greenlight balik kampung sempena cuti Deepavali ni..

dan skrg, tinggallah diri ini keseorangan dlm bilik..
sbb Kak Nurul (roommate) dah balik KL, Jiha pn dah balik Seremban..
Yana pula nak pergi holiday...bestnye diaorang!

Dlm redha, kena tunggu Cik Pipot kita habis kelas Isnin depan..
Then, terus balik Rawang..

Mlm tadi dpt tido 1 jam setengah je (pukul 3 pg-4.30 pg) sbb terlalu byk berfikir..
Hmm, mengalahkan PM menghadapi masalah negara..haha!
Mata pn dah bengkak je pagi ni..huhu~

Kerja2 hari ini:
i) Puas cop2 kad yuran Cekak I (81 org), Cekak II (124 org) & Persatuan (3 org)
ii) Sebentar lg nak buat Lesson Planning utk kelas Cekak II esok.
iii) Manage T-shirt Cekak bersama Fais a.k.a Edyka Yusuff merangkap Naib Bendahari PSSCPUH UPSI.
iv) Malam ini meeting bersama orang2 kuat PSCUH utk Hari Tenaga Pengajar (HTP) Cekak Hanafi.
v) Agenda2 tersembunyi dan tanpa diduga.

So, mlm ini harus dapatkan rehat yang secukupnya, sbb esok nak bertempur di padang start 8 pagi -1 petang..huih!

*Diri ini harus kuat menerima cabaran:) InsyaAllah!

Khamis, 13 Oktober 2011

Entry For Today

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Sukar dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan..

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelah dan jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadamu
Yang terindah dalam hidupku..

Meski ku rapuh
dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMU
Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMU
Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMU
Dalam dada ku harap hanya
DiriMU yang bertakhta...



~terkenang pada yang telah pergi~

Rindu sangat pada ilham2 yg pernah sy coretkan atas kertas & save dlm laptop Acer 4736..
Tapi sayangnya, sy dah tak berpeluang nk refresh balik semua itu..
My own poems & shortstories collections have been lost...and they were gone!
Semuanya dah pergi dalam sekelip mata..T_T

Oleh kerana laptop itu dalam sekelip mata diambil (dlm bahasa kasar: dirompak) depan mata sy, maka segala data yg telah di save dgn selamat pun turut dibawa bersama..sangat sedih!

Daripada tahun 2006 (form 4), sy mula berjinak-jinak dlm dunia mengarang puisi & cerpen..
rasa-rasanya dah lebih 20 puisi & 2 cerpen sy coretkan..
Alhamdulillah, ilham kurniaan Allah sbg pengisian hobi sy:)

Apa yg dpt sy katakan, cuma setakat itulah rezeki puisi2 & cerpen itu berada bersama sy..
Sudah tersurat & tertulis takdir hayat mereka menemani sy di sini..

Tiba2 rasa sebak bila merasakan sesuatu yg kita sayang & cintai pergi meninggalkan kita..
kerana sejarah terciptanya puisi & cerpen itu hadir di kala sy bertemu dengan seseorang yang pernah saya kasihi...
I still remember, the 1st poem which I've described my feeling towards that Hamba Allah was "Alangkah Indahnya..."^_^

Hanya puisi yg bisa mengungkap suara hati,
Tatkala lidah kelu seribu bahasa,
Kerna diri ini tidak mampu meluahkan dengan kata-kata...

Ahad, 2 Oktober 2011

For The First Time...

Sabtu, 1 Oktober 2011
Aktiviti yg dijalankan oleh diri ini:
8.00pg-10.00pg : instruktor sementara Cekak 1 ( handle 20 org pelajar perempuan, latih cara menumbuk, buat kaedah A, B, C, dan D)

10.00pg-11.00 pg : rehat sebentar..terlalu lapar! Dah makin sumbang suara perut ni menyanyi :p

11.00og-1.00ptg : instruktor tetap utk Cekak 2 (handle 20 org pelajar perempuan, latih 5 buah jatuh seorang demi seorang)

*time buat buah jatuh kilas belakang pada students, terasa injured balik kaki yang patah hari itu..aduhhhh:(
kalau sakit berlarutan, kena x-ray pulak..huhu~
mudah2an Ya Allah, tak ada apa2 berlaku pd kaki ini..Amin...

1.00ptg-3.00ptg : rehat sebentar utk solat Zohor & lunch:)

3.30ptg-6.00ptg : training demo silat utk Majlis Suai Kenal Persatuan Sejarah.

6.00ptg-7.30mlm: Solat Asar, Solat Maghrib, bersiap utk ke Auditorium.

8.00mlm-10.00mlm: MSK berlangsung, persembahan bermula dgn demo persilatan Silat Cekak Hanafi UPSI:) Best!

10.00mlm-11.30mlm: Dinner skuad demo. Abg Najib belanja! Syukran ya!

11.45mlm : Akhirnya sampai juga diri ini di bilik tercinta...:)

~Hari yang sangat penat, tp menyeronokkan! Dpt timba pengalaman baru:)
~Macam biasa, dapat 'special present' spt sengal seluruh badan, tangan, kaki, lebam sana sini..huhu~