Jumaat, 18 Jun 2010

Kiramil Fatihah...

Ahad, 13 Jun 2010..
Satu berita yg tidak disangka-sangka singgah ke telingaku, iaitu pemergian bapa saudaraku menyambut panggilan Illahi..
Tepat jam 3.30pm, Allahyarham telah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya..
Pada mulanya, aku begitu terkejut dan tidak percaya sehingga tidak mampu mengalirkan air mata..
Semuanya pantas berlaku dalam sekelip mata..
Namun, setelah aku bersama-sama mengiringi jenazah Pak Cu ke tanah perkuburan serta menghayati talqin yang dilafazkan oleh Abahku, barulah aku mengerti dan sedar bahawa ini semua bukan mimpi semata-mata..
Ya, memang benar aku sudah kehilangan seorang ayah saudaraku, iaitu anak bongsu kepada nenekku, adik kepada ayahku, ayah kepada Rini & Farisha, serta satu-satunya suami buat Mak Cu..
Dalam usia yang masih muda (40 tahun), Allah lebih menyayanginya..
Tabahkan hati menerima dugaan ini, yang bernyawa pasti kembali menemui-NYA...
Cuma, sesekali aku terkenang kembali saat Pak Cu mendendangkan lagu Iris (nyanyian Awie) ketika kami berkaraoke di rumah Pak Lang (time Aidilfitri) .. Terharu tatkala kami mendengar suaranya...
InsyaALLAH, perlahan-lahan kami menerima hakikat ini=(

~Al-Fatihah bersama iringan doa buat Allahyarham Pak Cu, Burhanuddin Bustami (4 Jan 1970-13 Jun 2010), semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat oleh-NYA dan tenang bersemadi bersama para salihin..Amin~