Rabu, 21 April 2010

salam...

26 April ni,
bermulalah perjuanganku utk menduduki final exam bg semester 2..
dan juga berakhirnya tahun pertamaku di peringkat degree ini..
maka, di kesempatan ini ku mohon kemaafan drpd semua insan yg mengenali diri ini..
atas segala kesilapan yg telah ku lakukan sama ada sedar mahupun tidak..
ku akui kelemahan dan kekuranganku..
maafkan aku..
dan bersama2 lah kita menadah tangan kpd Yang Maha Esa agar diberi ketenangan sepanjang meniti perjuangan ini, dipermudahkan dari awal hingga ke akhirnya..
semoga kemenangan iaitu kejayaan akan memilih kita utk memilikinya suatu hari nanti....
insyaAllah=)

Sabtu, 3 April 2010

Keistimewaan Wanita Menurut Hadith...

Doa wanita lebih makbul berbanding lelaki kerana sifat penyayang yang dimilikinya lebih kuat berbanding lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W mengenai hal tersebut, Baginda menjawab, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita yang solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah, dan mereka akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah S.A.W di dalam syurga.

Barangsiapa membawa hadiah (makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Barangsiapa yang mengutamakan anak perempuannya, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Barangsiapa yang memiliki 3 atau 2 anak perempuan/ saudara perempuan lalu die bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa dab bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

Apabila ibu dan bapamu memanggil serentak, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

Daripada Aisyah r.a, "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Maka, masuklah dari mana-mana pintu yang dia hendaki tanpa perlu dihisab.

Wanita yang taat kepada suaminya, maka semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari serta bulan semuanya beristighfar baginya sepanjang die mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

Aisyah r.a. berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Maka, Rasulullah S.A.W menjawab, "Suaminya." "Dan siapa pula yang berhak terhadap lelaki?" Maka, jawab Rasulullah S.A.W, "Ibunya."

Apabila wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta suaminya, maka masuklah dia ke syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.

Setiap wanita yang membantu suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu (10 000 tahun) berbanding suaminya.

Apabila seseorang wanita itu hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan 1000 kebaikan setiap hari dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan pahala orang yang berjihad ke jalan Allah baginya.

Apabila seseorang wanita melahirkan bayinya, maka keluarlah dosa-dosa daripadanya sepertimana bersih dan sucinya saat dia dilahirkan oleh ibunya.

Apabila bayi yang telah lahir disusukan, maka setiap satu tegukan susu itu memberi satu kebajikan buat dirinya.

Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur kerana memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T akan memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

~Selamat membaca & renung2kan=)